Menu
Upacara Syria Timur Daftar liturgiSatu tahun dibahagikan atas sembilan masa yang rata-rata terdiri atas tujuh minggu. Masa-masa yang disebut Shawu'a itu adalah Adven (disebut Subara , "Anunsiasi"), Epifani, Puasa, [[Paskah] ], Para Rasul, Musim Panas, Elia dan Salib, Musa, dan Dedikasi ( Qudash idta ). Musa dan Dedikasi masing-masing hanya berlangsung selama empat minggu. Hari-hari Minggu biasanya dinamakan menurut Shawu'a di mana hari tersebut jatuh, misalnya "Hari Minggu Keempat Epifani", "Hari Minggu Kedua Anunsiasi", dan seterusnya, namun kadang-kadang namanya berubah di pertengahan Shawu 'a . Kebanyakan hari-hari peringatan ( dukhrani ) atau hari-hari para kudus, yang mempunyai bacaan-bacaan khusus, jatuh pada hari-hari Jumaat antara Krismas dan Puasa, dan kerana itu boleh diundur atau dimajukan, namun beberapa perayaan seperti Krismas , Epifani, Kenaikan, dan kira-kira tiga belas hari-hari peringatan kecil tanpa bacaan-bacaan khusus jatuh pada tarikh yang sama setiap tahun. Ada empat kali puasa yang lebih pendek selain Puasa Besar (Lent), yakni:
Puasa Permohonan Rakyat Niniwe ditunaikan untuk memperingati pertobatan penduduk bandar Niniwe setelah mendengar dakwah Nabi Yunus, dan dijalankan dengan sangat cermat dan teliti. Puasa Mar Zaya dan Puasa Para Perawan kini hampir tidak lagi dijalankan. Berbanding dengan kalendar upacara Latin atau Yunani, kalendar liturgi umat Kaldea, baik yang Katolik maupun Nestorian, sangatlah mudah. Upacara Malabar telah menerima pakai secara besar-besaran kalendar upacara Rom, dan beberapa hari-hari raya dalam upacara Rom telah ditambah ke dalam kalendar umat Katolik Kaldea. Paskah Kaldea diperingati pada hari yang sama dengan Easter Gereja Katolik upacara Rom.
Menu
Upacara Syria Timur Daftar liturgiBerkaitan
Upacara Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 Upacara kematian orang Cina Upacara Pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 Upacara Fil Marsyal 1940 Upacara pengebumian Upacara Syria Timur Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2016 Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2020Rujukan
WikiPedia: Upacara Syria Timur http://books.google.com/books?id=otQeg8-xSlEC&pg=P...